Ann Lee
Kemarin dulu saji malam dicadang,
teman dekat Koreanmu juga diundang.
Ada rendang ada asparagus goreng udang,
lanjutan itu pencuci mulut dihidang.
Vix Vortex
Kaki sakit bak nak mati,
gejala kerana ice skating;
Datang nanti solek teliti,
lepas makan terus kelabing.
Ann Lee
Nak tanya boleh bermalam sama bilik,
sebab takut nanti lewat balik.
Ku sedar ku ni comel cerdik,
risau perjalanan pulang kena culik.
Vix Vortex
Kawan aku sungguh mafan,
ada saja beg tangan hilang;
Walau tenang atau ribut taufan,
boleh tumpang jangan bimbang.
Kemarin dulu saji malam dicadang,
teman dekat Koreanmu juga diundang.
Ada rendang ada asparagus goreng udang,
lanjutan itu pencuci mulut dihidang.
Vix Vortex
Kaki sakit bak nak mati,
gejala kerana ice skating;
Datang nanti solek teliti,
lepas makan terus kelabing.
Ann Lee
Nak tanya boleh bermalam sama bilik,
sebab takut nanti lewat balik.
Ku sedar ku ni comel cerdik,
risau perjalanan pulang kena culik.
Vix Vortex
Kawan aku sungguh mafan,
ada saja beg tangan hilang;
Walau tenang atau ribut taufan,
boleh tumpang jangan bimbang.


Ann Lee
Makan malam jalin persahabatan,
atas sayur udang bertaburan,
rendang ayam merah-kemerahan,
sup hitam saja kemanisan.
Vix Vortex
Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati;
Korean dikelab diri ditepi,
ambil getah seratus kati.
Ann Lee
Suara Actua lantang melangit,
waktu kelabing nostalgia terbangkit.
Saat itu macam digigit,
bekas teman buat hatiku sakit.
Vix Vortex
Makan cili sendiri pedas,
alah bisa tegal biasa;
Tema makan kenapa terbabas,
semuanya punca anda berdosa.
Ann Lee
Rendang ayam ditambah santan,
tarik balik tema yang berkaitan.
Korea karibmu memang perlu jantan,
sebut-sebut saja pasal berkhatan.
Vix Vortex
Budak itu riwayatnya dibentang,
cerita dikisah tak pernah diam.
Pesta makan mengisi lapang,
masakan enak boleh buka kopi tiam.
Ann Lee
Pinggan kolej jadi koleksi,
wajah tetamu buat kakanda cemburu.
Pengundangan rakan jadi polisi,
siapa itu adinda pergilah buru.
Vix Vortex
Polisi apa tak kena tempat,
kamu ini memang sampat;
Hati ikhlas menjadi ibadat,
tiba masa kamu bertaubat.
Ann Lee
Semua ini disebabkan kamu punya angkara,
siapa suruh tetamu inaugural comel gila.
Sekarang ini kakanda cuma bersabda suara,
tuduh-menuduh lebih baik fikir siapa dipersila.
Vix Vortex
Tempat baru telah kujumpa,
Tak lama lagi aku berpindah;
Lokasinya dibelakang uni saja,
Jalan kaki sungguh mudah.
Ann Lee
Lokasi kolej menjadi titik dasar,
berapa jauh kediaman itu tersasar.
Adakah bilik baru itu lebih besar,
masa depan boleh muatkan si kasar.

