Thursday, May 20, 2010

Bilik Seram

Pada suatu hari yang murung...

Cuaca seolah-olah kemendungan. Sang mentari berdiam-diam menyorokkan dirinya disebalik gumpalan awan kelabu. Sesekali dia mengintai gerak-geri insan di permukaan bumi.
.
Setelah selesai mengisi perut yang kosong, kami empat sekawan keluar dari gerai makanan yang disaji. Tanpa arah tujuan, kami sekadar berkeliaran disekitar bandar Sydney ini. Saat-saat begini, sering kali terkenang hidupku di tanah air yang menjanjikan ribuan kepuasan hidup yang tidak mengerti kata jemu. Rindukan keharuman segelas teh tarik, keseronokan menonton wayang di pawagam, dan kemeriahan yumcha pada hari-hari mingguan.
.
Tabir malam akhirnya melabuhkan dirinya. Angin sejuk bertiupan membelai muka aku. Tanganku menggigil. Dalam kebuntuan tanpa arah tuju, tidak disedari kami pun tibalah di depan sebuah bangunan yang tersergam indah terletak di Jalan Sussex. Kusapan aura dari bangunan itu yang mengalu-alukan bagai menantikan kunjungan kami semua. Walaupun terasa ragu-ragu, namun hatiku terusik dan kecundang untuk masuk menjelajah. C, H, J dan aku pun menjejak kaki kami kedalam bangunan penuh misteri ini.
.
Setibanya kami kedalam bangunan ini, kami mendapati suasananya janggal. Ruangan dalam bangunan ini dipenuhi dengan bilik-bilik yang aneh, gelap and mengerikan. Kadang-kala kedengaran bunyi laungan mengerang umpama panggilan binatang ketika musim membiak. Aku dicengkami rasa ketakutan dan mindaku bergelora dengan limpahan tanda tanya. Apakah tempat ini? Keseraman mula merangkak perlahan-lahan menusuki tulangku.
.
Dalam taklukkan perasaan seram ini, kami terpaksa memberanikan diri mengambil langkah mengamati bilik-bilik sekeliling. Sejenak kemudian, kami mendekati sebuah bilik terletak di salah satu pepenjuru ruangan. Dalam bilik itu, terserempaklah satu jembalang besar yang sedang meniarap di lantai. Mulut dibelakangnya besar ternganga dalam luapan kelaparan bagaikan hendak menelan orang. Jelas kelihatan kulitnya yang berkedut menandakan usianya yang melangkaui tujuh puluhan. Kami tercengang seketika dalam kejutan! Apabila kesedaran minda kami kembali, kami bergegas lari keluar dari bilik itu kerana pandangan tersebut agak memualkan.
.
Kami berempat sejerus itu bersama-sama memasuki kedalam sebuah bilik lain yang gelap gelita. Dalam kebatasan penglihatan, aku meraba-raba mancari tempat duduk untuk berehat. Sementara duduk dan melepaskan keletihan, telingaku terdengar bunyi tapak kaki yang semakin kuat menuju kearah kami. Sinaran cahaya luar menyelinap masuk dari celahan dinding secara kabur menerangi satu susuk tubuh besar yang semakin menghampiri. Aku menahan nafas agar tidak diperasan mahkluk tersebut walaupun jantungku berdegup kencang. Mahkluk tersebut semakin rapat dan meghulurkan tangan gasarnya kearah kami. Sempat juga mahkluk tersebut meramas pergelangan tangan C. Dengan sepantas kilat, C mengalihkan tangan mahkluk itu keatas dada J. Dengan penuh taksub, mahkluk itu membelai tubuh J. Tidak tahan dengan aksi tidak senonoh itu, kami meluru keluar dari bilik itu serta merta. Syukurlah mahkluk itu tidak mengekori kami.
.
Kemudian, kami berempat pun naiklah ke tingkat teratas untuk beristirehat sambil menenangkan emosi yang bercelaru. Mentang-mentanglah bukannya kelaziman kami melalui semua perkara dahsyat macam ini. Tidak lama kemudian, kami pun berangkat keluar dari bangunan itu dengan satu cebisan pengalaman gerun terpaku dalam memori masing-masing. Setelah sekian lama peristiwa ini berlalu, tetapi debaran pengalaman itu masih segar dalam kalbuku sehingga hari ini....

1 comment: