Tuesday, May 11, 2010

Pertemuan

Lintasan hidup pelbagai haluan,
Insan berbeza mengejar impian;
Terhikmat jodoh kita bertemuan,
Mengelungi hari mengisi kesepian.

Tergerak hatiku mencoret cerita,
Usul berkenalan kalian semua;
Diabadikan sini ukiran kata,
Kisah anak bangsa dilain benua.

Kakanda Cla tinggi lampai orangnya,
Bijak belajar sememang maha esa;
Terjebak cinta celaru fikirannya,
Bedak berlebihan muncullah Geisha.

Terkononnya rekod empat kali sehari,
Itulah Justin yang bebudak dia gemari;
Tempat berteduhan pernah dihulurkan,
Terima kasih aku disini ingin ucapkan.

Saudara Heng yang jauh berkediaman,
Pertama kali di Pavillion kita bersalaman;
Pergi shopping bolehlah dijadikan teman,
Kasut mesti dibeli barulah tidur aman.

Dari Facebook kami saling berkenalan,
Gara-gara Mahjong punca titik perbualan;
Shane berperibadi riang mudah bergaulan,
Cinta berahi jugalah yang menjadi persoalan.

Setakat empat bulan sajaku bertinggalan,
Semoga jodoh kita sepanjang berkekalan;
Ampun maaf jika perilaku tak bersesuaian,
Sampai disini sajalah pantunku berhuraian.

No comments:

Post a Comment